8.11.09

( Stadium Sultan Muhammad IV 1998 ) bhg.2

Dengan apa, motorsikal ke abah? lantas aku bertanya. Dengan apa lagi, apa yang
kita ada selain itu? kereta? Abah tersenyum sambil berlalu ditinggalkan aku
dengan persoalan yang dijawab persoalan. Warna putih asalnya, jenama jepun, tahun
1992 berkuasa 110cc tetapi dipasang di Malaysia. Setelah beberapa kali kemalangan,abah kerap menukar warna asal motorsikal itu kepada warna putih dan hijau, dan yang terkini adalah hitam dan putih. Kemalangan itu pun disebabkan terlanggar lembu bergelimpangan diwaktu malam. Yang terakhir seingat aku tangan sebelah kanan abah patah. Berbulan-bulan juga tangan abah bersimen.

Selesai maghrib, terus sahaja abah dan aku berangkat ke stadium. Dipertengahan jalan sudah kelihatan aliran trafik yang sudah mulai sesak. Ramainya manusia, mungkin semuanya ingin mengetahui kejadian sebenarnya yang keluar dari mulut bekas pemimpin yang ditendang keluar itu sendiri. Biar jelas apa sebenarnya yang berlaku, baru hati puas. Untung juga pak cik dan mak cik yang berniaga kacang rebus dan air sirap jika ada ceramah-ceramah umum selalu seperti ini. Bisik hatiku sambil membonceng bersama abah. Media massa tempatan saluran perdana sudah memainkan peranan dalam memberi maklumat yang sejelas-jelasnya, tapi ahh..peduli apa aku dengan media ejen propaganda kerajaan itu. Jika sudah jelas kenapa ramai juga yang turun malam ini memasuki stadium? Jika sudah jelas, rakyat pasti memahaminya, tidak perlu berpusu-pusu kedalam stadium. Buat apa bersesak-sesak seperti pasar malam yang kalangannya menjamu mata daripada membeli.


bersambung bahagian 3

3 comments:

anak muallaf said...

Salam,
Rasanya tak sabar nak tahu kesudahannya...Menguji kesabaran

abOo said...

kacang rebus tak beli ke?

pena sesawang said...

salam,

anak mualaf : teruskan mengikuti cerita ini, terima kasih krn sabar..

abOo : time hujan2, tk best mkn kacang, sejuk dn skalu nk kentut..huhu