21.11.09

Ali bin Abi Tholib R.A

"Sebaik-baik kamu adalah jika kamu melihat dia, maka kamu akan
ingat Allah S.W.T"

dia da'ie

Ladang dakwah itu
Terhampar luas
Menyirami tanah-tanah
Gersang

Benih-benih unggul
Disemai
Agar ia tumbuh
Pohon-pohon kejayaan islam

Dakwah ini..
Akan terus mengalir
Seperti sungai
Yang tidak pernah ada hujungnya
Menuju redha Allah
Janganlah bersedih

Biar dimana jua
Sabarlah dengan tipu daya manusia
DIA jua sebaik-baik pembuat tipu daya
Berlarilah keseluruh dunia
 
Siramilah dengan dakwah
Itulah hakikat
 Pendakwah dan dakwahnya

17.11.09

dibangku empuk itu

Dibangku empuk itu...
Mereka bodoh
Mereka sombong
Mereka hipokrit
Mereka pintar dan berlagak

Dibangku empuk itu...
Mereka yang amanah
Mereka yang ikhlas
Mereka yang rendah diri

Dibangku empuk itu...
Ada alpa mencari
Segenap kemahsyuran
Secalit kuasa
Secebis pengaruh

Dibangku empuk itu...
Rakyat kebanyakan
Impikan sebuah harapan
Dirobek ketamakan
Meludah amanah

Dibangku empuk itu...
Kronisma, nepotisma, korupsi
Seperti tradisi
Mereka bangga
Melewati sanubari

Dibangku empuk itu...
Rakyat dikhianati
Yang meminta dicaci
Moral terlaknat
Keadilan rakyat ditimbang kati
Seperti kertas-kertas kapitalis

Dibangku empuk itu...hakikat
Bukan untuk kemahsyuran
Bukan jua mencari alpa
Bukan jua mencari segenap kuasa
Bahkan mencari seluruh pengaruh
Tetapi...

Dibangku empuk itu...
Hanya sedikit sinar harapan, keikhlasan
Menjilat amanah
Dipundak tanggungjawab
Tegar khianat dibangku empuk itu
Entah sampai bila

Hakcipta : Pena sesawang

14.11.09

" anak quraisy dan pembantu-pembantu sesat "...hayati bait-bait puitis ini

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangan dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid atau kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah Parti Islam Melangkah
Membimbing Ummah Ke Medan Siasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah

11.11.09

peludah menteri (buat dahulu, kaji kemudian)..

Dialog rakyat kebanyakan...


Pak su, Penjual air, Kg.Baru.

" Pak Cik jual air soya je punggah guna motorsikal ni, sejak insuran motor naik ni memang terasa. Insuran 3'party pon lagi mahal daripada 1'party. Susah la macam ni rakyat. Barang-barang harian pun dah mahal sekarang. Entahlah, apa nak buat kerja tetap kena kerja juga."

Ah Chong, Penjual sayur, Setapak.

"Wa ala jual sama itu sayur,ayam sembelih. Guna keleta juga, Wagon wa ini sulah lama 30 tahun ma. It hali punya bajet mau kasi keleta lama mau pigi sana kasi chek, wa manyak susah woo. Mau pegi pagi-pagi belatur manyak panjang woo mau chek wa punya keleta. Pagi angkat petang balu siap woo, wa punya bisnes itu hali talak jalan, macam mane loh? Keleta lama mana ade olang bawak laju ma, Itu pak Aji angkat itu keleta lama pegi masjid juga ma. Manteri kata mau tolong sama rakyat, itu macam bikin kasi susah sama olang woo!"

Ali, kakitangan kerajaan, Wangsa Maju.

"Dulu aku ada satu kad kredit je, tu pun guna time terdesak je. Sejak bajet hari tu, menteri kata nak kenakan bayaran setiap kad kredit utama sebanyak RM50 aku termenunng jugak,iye lah, cas tahunan bank lagi nak kena bayar, sekarang ni kerajaan pon nak ambik cas juga. Sekarang aku dah tak pakai dah kad tu. Tapi kadang-kadang terfikir jugak, time-time terdesak nak beli susu anak, lampin anak dan barang-barang dapur waktu tengah-tengah bulan nak cari duit kat mane? Nak cari dengan Ah Long, kerajaan tak bagi. Pinjam dengan kawan-kawan sepejabat, diaorang pon cukup-cukup jugak. Setakat RM5-RM10 tu lepas la. Kerajaan buat macam ni, rakyat terbeban."

Kak Ani, Pasar Chow Kit, KL.

"Dulu-dulu harga tembikai sekilo RM1.50, lepas tu dia naik lagi RM2.00. Masa harga tu akak beli lagi sebijik kalau anak-anak nak makan. Kalau beli tak beli sebelah, tak cukup sebab anak akak ramai. Tapi sejak harga dah RM3.00 sekilo tu akak dah tak beli dah tembikai, mahal sangat la. Akak bagi tahu anak-anak barang semua mahal, kalau tak makan tembikai pon takpe, dahulukan yang mana lebih penting. Alhamdulillah, anak-anak akak faham."


Cikgu Man, Gombak.

"Hah tengok, ni kes jambantn gantung runtuh pulak! Nanti tubuh Jawatankuasa untuk menyiasat kes jambatan runtuh selepas ini. Hasil siasatan entah bila keluar, takpun diam je. Daripada jawatankuasa stadium runtuh hingga ke jawatankuasa orang jatuh bangunan, aku tengok kat Malaysia ni dah macam-macam jawatankuasa akan ditubuh jika ada kes, tetapi hasilnya tetap juga tiada. Yang rakyat nak tengok bukan berapa banyak jawatankuasa itu, tapi laporan daripada jawanatkuasa itu."


Sepol, Tukang Kasut, Diamond Square, Setapak.

"Hah, apa indeks KPI PM? apa benda tu? Kau nak gam cap Dunlop aku ade setin nih. Pergi mampos dengan menteri bodoh sombong tuh! Buat dasar menyusahkan rakyat, bentang dasar hari ni, lusa tarik balik, lepas tu buat balik. Apa ingat rakyat ni bahan uji kaji ke? Bodoh!"

---------------------------------------------------------------

10.11.09

Tuntutan Ini Adalah Bermoral, Tuntutan Itu tidak Bermoral ?!!@# f $%k% T

"Memanda Menteri usul kepada Raja Tempoyak Patin" katanya,

Ampun Tuanku Raja Tempoyak Patin, Patik memohon sembah kebawah duli Tuanku, izinkan patik usul buah akal patik yang lagi bijaksana ini Tuanku.

Memanda Menteri, Bendahara, dan Tok Penghulu di seluruh negeri dan daerah-daerah jajahan Raja Tempoyak Patin memohon kenaikan upah demi untuk mengelak daripada tekanan belanjawan defisit hidup harian mereka. Kata mereka pada Tuanku bahawa ini untuk meningkatkan mutu kerja mereka supaya sentiasa berkhidmat pada sekalian rakyat Tuanku dengan sepenuh hati. Tiada alpa akan kebajikan rakyat seluruh negeri dan daerah-daerah jajahan Tuanku. Tuanku pun sedia maklum, korupsi juga semakin tidak terkawal akhir-akhir ini. Pada pengamatan patik, tuntutan ini bermoral Tuanku.

Adapun tuntutan kenaikan upah Tukang Sapu kelas satu dan dua, Tukang Kipas kelas satu dan dua, Tukang Cuci kelas satu dan dua serta Tukang Angkut Najis kelas satu dan dua termasuklah lain-lain pekerja Istana Tuanku Raja Tempoyak Patin sebelum ini terpaksa Patik tolak diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Tuanku. Semua telah sedia maklum, bahawa negeri dibawah jajahan Tuanku telah mengalami kemarau yang panjang hampir dua musim. Pada hemat patik yang bijaksana ini Tuanku, tuntutan pekerja kelas satu dan dua ini "tidak bermoral" Tuanku!

Semua padi-padi emas yang benihnya diperolehi hasil daripada kajian penyelidikan dan pembangunan oleh bijak-bijak pandai petani Tuanku tidak tumbuh semuanya. Disebabkan masalah itu, semua syarikat konsesi pembekal benih-benih padi emas Tuanku menuntut ganti rugi kerana semaian tidak dapat dilakukan. Maka ganti rugi terpaksa dibayar melalui perbendaharaan Istana Tuanku Raja Tempoyak Patin. Disebabkan tuntutan syarikat konsesi benih padi emas berkenaan, simpanan dalam perbendaharaan Tuanku hampir mengalami defisit.

Kesemua pekerja di petak sawah Tuanku kini hanya menganggur dirumah sahaja sambil mengisi masa lapang mereka dengan hobi yang baru iaitu ketagih daun ketum. Jika dahulu Tuanku bagi percuma sahaja petak-petak sawah ini untuk diusahakan, tetapi selepas pengumuman oleh Patik selepas diarahkan oleh Tuanku mengenai bayaran sebanyak 50 keping wang tembaga akan dikenakan untuk setiap petak-petak yang dimiliki oleh petani berkenaan pada musim akan datang, ramai petani merungut akan bayaran tambahan untuk musim akan datang itu, sedangkan petak-petak sawah berkenaan tidak dapat diusahakan dan tiada hasil.

Jelas mereka lagi Tuanku, ini ditambah pula pengumuman mengejut oleh Tuanku berkenaan usia kerbau yang digunakan dipetak sawah berkenaan. Dimana, jika usia kerbau-kerbau yang digunakan sudah terlalu tua iaitu melebihi usia 15 tahun, maka hendaklah kerbau-kerbau yang lanjut usia berkenaan menghadiri pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh di Pusat-pusat Jagaan Haiwan dan Mergas Tua yang diberi tauliah oleh Istana Tuanku Raja Tempoyak Patin bagi mendapatkan sijil layak menjalankan kerja dipetak sawah itu. Pada pengamatan Patik, para petani sawah petak kini semakin berani membuat tuntutan yang tidak munasabah sesuai dengan keadaan semasa sekarang Tuanku!

Hasil kutipan cukai juga susut sejak akhir musim ini Tuanku. Hendak dijadikan cerita pula, kapal Laksamana yang baru pulang berlayar daripada Pulau Batu Satu mengalami kebakaran. Diberitakan bahawa ianya dibakar oleh anak-anak kapal kerana membantah arahan cuti tanpa gaji sepanjang berada di daratan oleh Laksamana, tetapi masih dalam siasatan lanjut dan sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat tentang kebakaran ini. Keputusan hasil siasatan akan keluar dalam masa 2 bulan Tuanku.

Adapun Tuanku, Patik difahamkan oleh Laksamana bahawa kapal berkenaan sudah berusia dan tidak selesa lagi untuk membuat pelayaran jauh-jauh. Difahamkan juga bahawa kapal berkenaan sudah ketinggalan jauh dari segi peralatan yang digunakan. Malah kain-kain layar sudah banyak yang koyak dan tidak terjahit oleh tukang-tukang jahit kain layar kapal berkenaan. Kapal-kapal yang terkini sudah tidak menggunakan navigasi kompas analog, tetapi ia dilengkapi peralatan-peralatan navigasi digital seperti alat satelit pemancar GPS (Sistem Kedudukan Global). Jika diperkenan oleh pihak Istana Tuanku Raja Tempoyak Patin untuk menolak sahaja tuntutan "Tidak Bermoral" pekerja Istana itu, Patik rasa molek benar Tuanku. Wang yang diperuntukan untuk memenuhi tuntutan kenaikan upah pekerja-pekerja kelas satu dan dua istana ini boleh digunakan untuk membeli kapal Tuanku. Ini juga merupakan satu pelaburan serampang dua mata Tuanku.

Aadapun maksud serampang dua mata begini Tuanku. Pembelian kapal untuk Laksamana adalah satu lambang kekuatan pertahanan bagi negeri-negeri jajahan Tuanku jua. Yang dikatakan pelaburan itu tersirat jua tuanku, tetapi yang tersurat itu sudah jelaslah bagi Tuanku. Begini Tuanku, dengan pembelian kapal yang baru ini, Tuanku boleh memohon komisen ihsan daripada pembekal kapal itu. Pembekal kapal berkenaan sudah sedia maklum Tuanku akan cara ini.

Patik menyokong sepenuhnya Tuanku,

Jelaslah bahawa,

"Tuntutan kenaikan upah oleh Memanda Menteri, Bendahara dan Tok Penghulu adalah BERMORAL" dan...

"Tuntutan kenaikan upah oleh Kesatuan Pekerja Kelas Satu dan Dua Istana adalah TIDAK BERMORAL"

8.11.09

( Stadium Sultan Muhammad IV 1998 ) bhg.2

Dengan apa, motorsikal ke abah? lantas aku bertanya. Dengan apa lagi, apa yang
kita ada selain itu? kereta? Abah tersenyum sambil berlalu ditinggalkan aku
dengan persoalan yang dijawab persoalan. Warna putih asalnya, jenama jepun, tahun
1992 berkuasa 110cc tetapi dipasang di Malaysia. Setelah beberapa kali kemalangan,abah kerap menukar warna asal motorsikal itu kepada warna putih dan hijau, dan yang terkini adalah hitam dan putih. Kemalangan itu pun disebabkan terlanggar lembu bergelimpangan diwaktu malam. Yang terakhir seingat aku tangan sebelah kanan abah patah. Berbulan-bulan juga tangan abah bersimen.

Selesai maghrib, terus sahaja abah dan aku berangkat ke stadium. Dipertengahan jalan sudah kelihatan aliran trafik yang sudah mulai sesak. Ramainya manusia, mungkin semuanya ingin mengetahui kejadian sebenarnya yang keluar dari mulut bekas pemimpin yang ditendang keluar itu sendiri. Biar jelas apa sebenarnya yang berlaku, baru hati puas. Untung juga pak cik dan mak cik yang berniaga kacang rebus dan air sirap jika ada ceramah-ceramah umum selalu seperti ini. Bisik hatiku sambil membonceng bersama abah. Media massa tempatan saluran perdana sudah memainkan peranan dalam memberi maklumat yang sejelas-jelasnya, tapi ahh..peduli apa aku dengan media ejen propaganda kerajaan itu. Jika sudah jelas kenapa ramai juga yang turun malam ini memasuki stadium? Jika sudah jelas, rakyat pasti memahaminya, tidak perlu berpusu-pusu kedalam stadium. Buat apa bersesak-sesak seperti pasar malam yang kalangannya menjamu mata daripada membeli.


bersambung bahagian 3

1.11.09

( Stadium Sultan Muhammad IV 1998 ) bhg.1

"Malam ini diharap semuanya berjalan lancar, tetapi mana mungkin trafik selancar biasa. Ini permulaan perjuangan rakyat, konfrontasi adalah lumrah ke arah reformasi ". Bicara hatikku sendirian, sambil memerhatikan senja petang melalui tingkap cermin yang penuh dengan debu. Sudah lama agaknya tidak dicuci, detik hatiku.

"Abe, malam ini jadi ke tidak pergi ke stadium ?, melihatkan langit mendung sahaja. Malam ini belum pasti hujan tidak mencecah ke bumi.Lihat sahaja bebannya itu. Kalau hendak juga kejalanan, lepas solat maghrib, terus sahaja berangkat. Biar selamat disana, dari basah dijalanan ". Abah menyapaku sendirian. " Abe " adalah panggilan oleh abah kepada aku, kelangsungan itu diikuti oleh adik-adikku yang lain.
Sesuai juga mungkin kerana aku anak pertama dalam penyambung zuriatnya.


bersambung bahagian 2