31.10.09

apabila orang yang jahil bertelagah, orang yang berilmu merungkai masalah...

Sambil minum-minum petang, sesekali tajam mata terarah kepada susunan buku diatas meja yang tidak terurus. Ahh..nantilah aku kemaskan posisi-posisi buku berkenaan biar ia kemas semacam di perpustakaan. Sememangnya aku sibuk sejak seminggu dua ini, banyak juga yang hendak diperbetulkan tesis tahun akhir aku ini. Setelah dihantar ke kedai toko buku untuk dijilid, aku tidak mahu memikirkannya lagi. Biar sahaja mereka menyelesaikan kerja-kerja menjilid mereka itu. Yang aku tahu, sampai masa yang dijanjikan aku ambil sahaja. Setelah diperhalusi, semamangnya ilusi pada paparan komputer aku ini adalah tidak benar setelah ianya dipaparkan secara realiti....berbeza sekali.

Hasilnya banyak kertas berkuailti tinggi 80 gm hanya terbuang begitu sahaja. Ya...yang berselerakan diatas meja itu bukanlah disebabkan buku-buku itu, tetapi kertas terpakai berkualiti tinggi 80 gm itu sebenarnya. Nah..lihatlah bagaimana buku-buku itu menjadi mangsa kepada keadaan. Hmm...begitulah bagaiman mata memandang sesuatu perkara, melihatnya hanya melalui mata yang titipannya tidak sampai kepada qalbu...hah begitulah hasilnya.

Bertelagah merungkai masalah dilihat dari persepsi dua kelompok yang berbeza. Satu bertelagah merungkai masalah bersandarkan pada ilmu dan aqal, dan satu lagi berpandukan emosi dan nafsu semata-mata. Hasilnya tentulah amat berbeza sekali. Keberkatan tentulah berpihak kepada ungkaian yang bersandarkan kepada ilmu dan aqal. Perselisihan didalam jemaah juga penting dalam merungkai kembali dasar sesuatu dakwah supaya biar ianya jelas, kadang-kadang kita alpa...ya dikatakan manusia itu sentiasa alpa, pada masa yang sama ada pihak yang ingat-mengingatkan. Ada hikmahnya yang perlu diperhalusi, biduk lalu kiambang bertaut jua.

Berbeza sekali dengan orang-orang yang jahil menyelesaikan masalah, ianya semata-mata hanya berpaksikan kepada nafsu dan emosi semata. Yang ditegakkan bukan kebenaran hakiki, tetapi benang yang basah. Lantas apa hikmahnya disitu? tetapi hanya sekadar ilusi yang cuba di realiti. Tidak kemana-mana hasilnya dan juga tidak ada apa-apa, hanya tin kosong. Yang ada hanya pengikut-pengikut setianya yang ketandusan laba mengharap balasan material. Sudah terbiasa begitu oleh tuan-tuannya..bicara hatiku. Boleh juga aku ertikan seperti anjing yang diajar oleh tuannya memakan tahi, kedepan hari tentunya anjing itu terbiasa mencari tahi juga untuk dimakan.

Begitulah " apabila orang jahil bertelagah, orang berilmu merungkai masalah.." Hati kecilku berbicara , ada perbezaannya.titik

30.10.09

rasa kepedulian itu...

Pendidikan agama, budi pekerti bukan hanya sekadar penghias kulit dasar buku kurikulum,

Kepandaian bukan dilihat dari nilai dan angka-angka..tetapi dari hati dan iman.

Orang kebiasaannya jika sudah memiliki tempat teratas, memiliki uang dan kuasa, mudah lupa diri. Ingin ditambah lagi kuasa itu, kekayaan itu, menghalalkan segala cara.

Jika perlu, seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja..

29.10.09

retorik khianat amanat rakyat

Lahabau!!(pinjaman kata drp Melaka)

Ini la ADUN2 bidang terjun PKR, main tngkap muat je pas tu suka2 kau je khianat amanat rakyat! mentang2 la masa tu gelombang rakyat tgh tahap puncak, ko main suka2 je letak ADUN yg entah mane datang latarbelakang pon tk thu la, boleh buta kerja ke, kau ingat undi yg rakyat beri tu boleh kutip tepi2 jalan mcm putung rokok ke ha? wahai Sdr ANWAR boleh jawab tk soalan ini? apa tidaknya, wujudnya PKR tu pon parti bidang terjun jugak, senang datang dan senang pergi mcm mee maggie, tngok la nt..masing 2 dh pelahap nk rembat itu/ini, perjuangan utk rakyat tk kemana pon lg, mcm2 dh kelabu mata!

Apa beznya PKR ngn PAS ini?
PKR wujud utk apa? PAS utk apa pulak?
Tak boleh ke klu tidak ada PKR ini?
Bukan ke PAS selama ini bawa Islam, kalau dh bawa islam tu dlm tu semua dh ada, ADIL pon ada utk semua kaum, dlm islam mane ada beza kaum2 ini.islam jaga hak samarata kebajikan bukan islam dibawah naungan islam, kenapa perlu ada PKR? berjuanglah dlm satu jalan/tareqat yg sama.Jgnlah diwujuknan islam HAD'HARI lg selepas islam ...jgn lah diwujudkan lg parti yg ADIL selepas adanya PAS. Tidakkah dlm PAS itu dah dibawa da'wah islamiah utk semua yg sememangnya bersifat SYUMULlYYAH! kenapa, kenapa harus begini? Dimana sebenarnya batasan tanpa sempada perpaduan islam yg sebenarnya setelah ianya diprovokasi oleh ejen sekular BE END? Adakah perlu wujudnya partisan yg adil sedemikian rupa seperti KEADILAN itu? sedangkan perjuangan yg sedia ada telahpun tersedia berjalan terkehadapan?

Kemana arah tuju yg sebenar-benarnya yg jelas terhadap parti KEDILAN ini? Atau mungkinkah ianya sekadar sebahagian retorik sebuah penjenamaan semula jenama yg tidak ubah seperti peninggalannya dahulu iaitu BE END yang dianggap seperti tong taik? Yang pasti akan dicipta satu lagi tong taik atau lebih besar lagi kolam kumbahan? mustahil?

Aaah...tidak mustahil, aku hanya rakyat yg tidak mampu berbuat apa2 yg kedepan hari masih kedengaran percakaran, lompatan oleh pengkhianat amanat rakyat kebanyakan melobos uang dan nafsu.gawat,defisit, pengangguran, beban defisit keluarga, dan bermacam2 lg kebejatan sosial ekonomi.sehingga kadang2 aku berfikir jika dulu aku mampu memiliki cukai jalan motorsikal aku yg berusia kurang lebih 5 tahun dengan hanya polisi
insuran 3'party, tetapi aku berbangga kerana aku mampu juga memilikinya. aku ada pilihan untuk penjimatan, ..didalam hati aku berkata,," ya, aku mampu membuat pilihan yg bijak, kenapa harus dibuang kepada kerajaan pemerintah untuk membayar sejumlah uang yg tinggi nilai bg memiliki insuran 1'party hanya untuk motorsikal aku yg usang ini?"


Tetapi kini, aku hanya mampu tersenyum sinis. Ianya tidak seperti dulunya lg...ianya menjadi beban kepada rakyat seperti aku ini, walau pun ianya hanya insuran motorsikal 3'party..dimana haknya pilihan lagi utk seorang rakyat seperti ini?aku hanya mampu meluncur halal didalam haram, halalnya kerana aku memiliki hak keatas harta motorsikal aku itu, dan haramnya kerana aku memamdunya tanpa cukai jalan..ini lah rintihan seorang rakyat yg tiada pilihan sehingga pilihan yg diamanahkan dikhianiti oleh perjuangan lompat parti dan parti bebas..Wahai Sdr ANWAR , dimana ke ADIL lan mu itu...jelaskah perjuangan mu itu dengan pemegang amanat yg khianat? cukuplah wahai Sdr ANWAR!...titik



Nukilan oleh : Aku memiliki motorsikal...engkau memiliki cukai.